CutE


Thursday, February 24, 2011

Diet Mengikut Jenis Darah Part 1 (Darah Jenis A)

      Ok entry kali ni aku nk share sikit info diet..mesti korang dah bosan ngn entry sebelom ni kn..asyik cite pasal aku and bf aku je kn..sekarang nie aku nk berkongsi sikit ape yg aku bace..ok layan....

      Menurut teori pakar naturopath yg juga penulis buku 'Eat Right For Your Type' iaitu Dr.Peter J.D'Adamo,setiap individu mempunyai tindak balas yg berbeza terhadap pemakanan bergantung kepada jenis darah yg dimilikinya.Jelas beliau,amalan diet yang tidak bersesuai dengan golongan darah bukan hanya akan menemui kegagalan,malah mampu mengakibatkan pelbagai komplikasi negatif seperti pengumpulan sel darah merah dan sebagainya...

            

            DIET UNTUK JENIS DARAH  A
    Pemilik jenis darah A dinasihatkan mengamalkan diet vegetarian kerana ia melibatkan pengambilan makanan yg mengandungi kandungan lektin yg rendah.jika tidak, individu tersebut akan mengalami masalah dibahagian perut.menurut doktor golongan darah A menghasilkan kandungan lendir yg lebih banyak berbanding jenis darah yg lain dan ia akan meningkatkan risiko alahan seperti asma, infleksi telinga dan gangguan pada saluran penafasan..

Pengambilan makanan yg disarankan
     ~ berasaskan haiwan seperti ayam dan ikan
     ~ susu seperti krim tanpa lemak dan keju
     ~ kekacang atau bijirin seperti soya
     ~sayur-sayuran dan buah-buahan

             MENU DIET YANG DISYORKAN
Sarapan : Air putih yg dicampur jus limau nipis atau oat.
Snek      : Jus anggur atau kopi.
M.tghari : Salad + sekeping roti gandum dan teh herba.
Snek      : 2 potong kuih beras dan teh hijau.
M.mlm   : Pasta tanpa daging bercampur brokoli,yoghurt dan teh hijau..

             Ciri-ciri
     ~ memiliki sistem pencernaan yg sensitif.
     ~ perlu menghindari makanan yg berasaskan susu dan daging.
     ~ mengambil makanan yg mengandungi karbohidrat yg tinggi tetapi                rendah lemak.
     ~ mengurangkan stress dgn bersenam.

p/s : jenis darah yg laen akan aku updated dalam entry yg seterusnya..
     : selamat mencuba  ^_^

No comments:

Post a Comment